Pemasaran: Lokasi jualan soft ice-cream?

Perlukan idea lokasi jualan aiskrim?

Assalamu'alaikum wbt.

Tidak dinafikan lokasi pemasaran strategik merupakan antara strategi untuk memaksimakan jualan $$

Di sini kami senaraikan lokasi yang strategik untuk anda menjual soft ice-cream

1. Sekolah
- Jual waktu habis sekolah, pelajar selalu beli makanan ringan waktu balik sekolah
- Kontrak dengan pihak kantin sekolah. Income 50/50

2. Hari sukan di sekolah
-Biasa semasa hari sukan sekolah, semua pelajar ikut turun padang
-Ibu bapa juga ikut turun
-Cuaca panas, kanak-kanak suka beli waktu panas.

3. Majlis perkahwinan
-Ambil tempahan pada pihak pengantin
-Buat kontrak dengan pihak katering. Contoh servis kita RM500, minta pihak katering untuk quote RM550 untuk customer. RM50 bagi pada pihak katering.

4. Kolej dan Universiti
-Waktu semester bermula, ramai pelajar ada di kampus
-Boleh jual berhampiran dengan kafeteria
-Waktu petang boleh jual berhampiran kawasan mereka bersenam atau joging. (padang, taman rekreasi universiti dsb.)

5. Event di kolej dan universiti
-Waktu begini, ramai pelajar dan bukan pelajar juga turut ada di universiti

6. Event besar
-Hari Merdeka, Jom Heboh, hari terbuka/open day (event masjid, syarikat dsb) , tahun baru, Hari Malaysia, event TV9

7. Restoran
-Boleh letak mesin ais krim di restoran anda
-Ataupun kontrak jualan aiskrim dengan vendor restoran

8. Pusat beli belah
-Jual di push-cart (sewa)
-Medan selera atau food court
-Kontrak dengan pihak restoran di pusat beli belah

9. Pasar malam/Pasar Pagi
-Pembeli memang ramai berkumpul di sini. Klasik!

10. Himpunan rakyat

Harap perkongsian ini membantu anda untuk dapat sedikit idea, bagaimana nak mula menjana pendapatan sampingan atau pendapatan penuh melalui bisnes soft ice-cream!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

Post a Comment