Saturday, October 17, 2015

Mesin Aiskrim MA01-S

Wan Ahmad Fadhil

Dalam mesin aiskrim. Peti simpanan aiskrim 'stainless steel'

Compressor mesin aiskrim

Peti simpanan aiskrim stainless steel. Mesin biasa guna peti
simpanan plastik

Motor & sistem elektronik mesin

LCD paparan mesin aiskrim

Belting

Add caption

Model: MA01-S
Kelebihan:
1. Ada fungsi pre-cooling
2. Peti simpanan aiskrim 'stainless steel'
3. Boleh proses lebih pantas dan berterusan
.
.
.
.
.
Harga: RM9000 RM6999 sahaja!

Thursday, October 30, 2014

Bagaimana cara penyediaan soft-serve ice cream?

Wan Ahmad Fadhil
Sila tonton video ini untuk belajar cara penyediaan soft serve ais krim.



Wednesday, October 29, 2014

Pemasaran: Lokasi jualan soft ice-cream?

Wan Ahmad Fadhil
Perlukan idea lokasi jualan aiskrim?

Assalamu'alaikum wbt.

Tidak dinafikan lokasi pemasaran strategik merupakan antara strategi untuk memaksimakan jualan $$

Di sini kami senaraikan lokasi yang strategik untuk anda menjual soft ice-cream

1. Sekolah
- Jual waktu habis sekolah, pelajar selalu beli makanan ringan waktu balik sekolah
- Kontrak dengan pihak kantin sekolah. Income 50/50

2. Hari sukan di sekolah
-Biasa semasa hari sukan sekolah, semua pelajar ikut turun padang
-Ibu bapa juga ikut turun
-Cuaca panas, kanak-kanak suka beli waktu panas.

3. Majlis perkahwinan
-Ambil tempahan pada pihak pengantin
-Buat kontrak dengan pihak katering. Contoh servis kita RM500, minta pihak katering untuk quote RM550 untuk customer. RM50 bagi pada pihak katering.

4. Kolej dan Universiti
-Waktu semester bermula, ramai pelajar ada di kampus
-Boleh jual berhampiran dengan kafeteria
-Waktu petang boleh jual berhampiran kawasan mereka bersenam atau joging. (padang, taman rekreasi universiti dsb.)

5. Event di kolej dan universiti
-Waktu begini, ramai pelajar dan bukan pelajar juga turut ada di universiti

6. Event besar
-Hari Merdeka, Jom Heboh, hari terbuka/open day (event masjid, syarikat dsb) , tahun baru, Hari Malaysia, event TV9

7. Restoran
-Boleh letak mesin ais krim di restoran anda
-Ataupun kontrak jualan aiskrim dengan vendor restoran

8. Pusat beli belah
-Jual di push-cart (sewa)
-Medan selera atau food court
-Kontrak dengan pihak restoran di pusat beli belah

9. Pasar malam/Pasar Pagi
-Pembeli memang ramai berkumpul di sini. Klasik!

10. Himpunan rakyat

Harap perkongsian ini membantu anda untuk dapat sedikit idea, bagaimana nak mula menjana pendapatan sampingan atau pendapatan penuh melalui bisnes soft ice-cream!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Kos dan keuntungan?

Wan Ahmad Fadhil

Dulu saya buat duit jual mesin aiskrim, tapi kenapa sekarang saya berhenti bisnes mesin aiskrim?






Assalamu'alaikum wbt. Hai, saya Fadhil. Saya pernah menjual mesin soft-serve ais krim sejak tahun 2014 lagi.

Tengok post FB ni, sejak 2014 lagi memang sangat hot! Ramai yang minat nak jual soft serve ice cream.

Ya saya sudah buat ribuan ringgit dengan bisnes mesin aiskrim. 

Namun, kini saya buat keputusan untuk berhenti jual mesin aiskrim. 



Kenapa Saya Berhenti Jual?


1. MODAL BESAR - Anda nak mulakan bisnes aiskrim atau mesin aiskrim, anda perlu invest duit beribu-ribu ringgit. Malah boleh mencapai belasan ribu ringgit hanya untuk mulakan bisnes aiskrim.

2. PERLU SIMPAN STOK - Nak jual aiskrim atau mesin aiskrim, anda perlu simpan stok aiskrim. Masalah bila simpan stok ni adalah anda perlu beli lagi peti ais yang besar untuk simpan stok. Anda juga perlu invest ratusan ringgit untuk membeli stok aiskrim dan kon. Kos semakin besar jika anda tinggal di luar bandar KL.

3. BERAT - Nak bawa mesin aiskrim untuk ke hulu hilir sangatlah berat. Bayangkan, berat mesin aiskrim adalah sekitar 100Kg. Perlukan sekurang-kurangnya 2-3 orang untuk angkat mesin aiskrim.

4. ROSAK - Mesin aiskrim kalau rosak, anda perlu hantar repair. Repair mesin aiskrim kadang kala perlukan masa berminggu-minggu. Maka bagaimana anda nak berniaga kalau mesin rosak? Melainkan kena keluar duit lagi untuk beli mesin aiskrim yang lain. Bagaimana kalau anda tinggal di Kelantan. Terpaksa bawa mesin aiskrim ke KL semata-mata untuk baiki sahaja. 

5. ROI Sederhana - Keuntungan jual aiskrim atau mesin aiskrim tidaklah terlalu menguntungkan dan kerja agak renyah. Pada masa sama, untung tidaklah terlalu tinggi.

6. PERLU ADA KENDERAAN - Nak jual soft-serve aiskrim, anda wajib ada sebuah kenderaan. Sekurang-kurangnya kereta yang anda guna sekarang perlu 'dikorbankan' untuk jadikan kenderaan jual aiskrim. Kalau sayang kereta, terpaksa keluar RM10k lagi untuk beli sebuah kereta atau van.

7. MELETIHKAN - Kalau nak jual kat pasar malam, pasar tani atau kenduri adalah sangat meletihkan. Sebab anda perlukan tenaga yang cukup banyak untuk angkut mesin aiskrim tu ke mana-mana. Kena keluar duit untuk bayar pekerja pula tu. Kan tak best tu.



Apa saya buat selain mesin aiskrim?


Saya dah habiskan banyak modal dan masa untuk cuba pelbagai bisnes yang lain.

Antaranya adalah saya buat bisnes dropship. 

Antara sebab saya sangat suka bisnes dropship adalah sebab ia tak perlukan modal yang tinggi. 

Hanya promote produk orang lain, nanti syarikat tersebut yang akan pos produk kepada pelanggan.

Namun, apa yang buat saya masih rasa tak puas hati adalah sebab untung tak terlalu besar. 

Kebanyakan masa hanya cukup makan. Ada masa boleh lah capai RM6000 ke RM7000 sebulan. Tapi jarang sangat. Normally saya dapat hanya beberapa ribu sahaja. (alhamdulillah)

Saya masih kurang berpuas hati..........


Apa yang saya buat SEKARANG?


Lepas saya berhenti kerja pada bulan Jun 2017, sambil jadi ejen dropship saya masih mencari-cari-peluang bisnes lain yang ada.

Ada seorang kawan yang cadangkan saya untuk buat 'Dropship' penapis air Cuckoo.

Kebetulan bulan tersebut saya baru pasang penapis air Cuckoo, dan kawan tersebut bagitahu dia baru dapat sekitar RM6 ribu ringgit. Itu pun baru sebulan dua dia jadi ejen Cuckoo. Hebat betul!

Lepas tu dia cerita kepada kami, apa yang yang best bila jadi ejen Cuckoo.




Kelebihan Jadi Ejen Cuckoo Yang Anda TAK TAHU!



Saya nak share apa kelebihan jadi ejen Cuckoo yang anda tak tahu:

1. TANPA MODAL - Untuk anda jadi ejen Cuckoo, anda tak perlu keluarkan duit 1 sen pun. Anda hanya perlu daftar sahaja secara online. Kemudian dah boleh jadi ejen dan jual kepada sesiapa sahaja.

2. SANGAT MUDAH - Anda tak perlu nak simpan modal, simpan stok dan sebagainya. Kalau ada orang nak pasang Cuckoo, key in dalam sistem sahaja. Nanti staf Cuckoo (Natural Doctor) yang akan pasang di rumah pelanggan di mana sahaja mereka berada. Walaupun anda tinggal di Kelantan, anda masih boleh uruskan pemasangan di rumah pelanggan di Sarawak! Sebab semua adalah online.


3. INCOME LUAR BIASA - Sumpah! Dulu saya langsung tak percaya orang kata bisnes penapis air ni boleh bagi income puluhan ribu ringgit. Bagaimana mungkin jual penapis air boleh dapat income macam tu. Tanpa modal pulak tu. Jual 5 boleh dapat RM3700. Jual 10 boleh dapat RM10,000. 

Bagaimana cara kira gaji Cuckoo?



4. LATIHAN & COACHING PERCUMA -  Nak jual aiskrim, mungkin anda kena bayar untuk kursus. Kalau nak jual penapis air Cuckoo ni. Anda akan dapat latihan PERCUMA secara online dan offline. Kalau nak coaching pun boleh. Yang penting anda ada kesungguhan sahaja.

5. RAMAI TERBUKTI BERJAYA - Lepas tengok ramai yang dah berjaya, saya dah tak ragu lagi. Especially bila kawan-kawan saya dah capai pendapatan hingga 5 angka. (Sekarang saya pun dah dapat income 5 angka dengan Cuckoo)

6. GROUP SALES INCENTIVE - Anda juga akan dapat income dari jualan kumpulan. Bila anda jadi ejen, anda boleh rekrut adik beradik, kawan dan keluarga untuk jadi ejen secara percuma juga. Ini bukan MLM tau! MLM kena keluar modal. Cuckoo tak perlu. Bila ejen-ejen bawah anda jual, anda boleh dapat sahamnya. Best! (Saya sendiri dah dapat RM3000 ke RM5000 daripada team saya sahaja. Kawan saya ada yang dapat sehingga RM15,000)






7. KEBEBASAN MASA - Anda boleh berkerja ikut masa sendiri. Tak perlu nak pergi ofis. Tak perlu nak pergi kedai. Anda boleh mula menjual hanya dengan telefon bimbit yang ada di tangan anda sahaja dari rumah. Saya pun sekarang kerja dari rumah.

8. KENAIKAN PANGKAT - Anda nak naik manager? Boleh sahaja. Anda sendiri boleh pilih. Bila dah naik manager, lagi banyak insentif kewangan yang anda bakal perolehi. 

9. PASSIVE INCOME - Lagi best, bila anda jadi manager lagi beberapa bulan anda berpeluang untuk dapat passive income. Ejen-ejen anda yang menjual, anda yang dapat bayaran bulanan. Yang penting, saya dan anda hanya perlu tunjuk kepada mereka cara untuk berjaya dalam Cuckoo seperti yang lain.

10. SEMUA ORANG BOLEH! - Ya, anda tak perlu kelayakan diploma dan degree untuk jual penapis air Cuckoo. Pasti lah! Kalau ada SPM sahaja pun dah boleh dapat income besar. Suri rumah pun ada yang dah dapat income 5 angka. Kita bagaimana pula? Pasti lagi boleh


Simpan duit modal mesin aiskrim tu... Jangan buang masa, jangan buang duit!


Nak tak kalau saya guide anda bagaimana saya buat income RM10,000 dengan Cuckoo?


KLIK SINI


Atau call/whatsapp saya di 0139916967. 


Kenapa Jual Soft Ice-Cream?

Wan Ahmad Fadhil
Assalamu'alaikum wbt

Untuk artikel ini, kami ingin kongsikan potensi jualan "soft ice-cream" di Malaysia supaya anda dapat menggandakan income $$ anda.

Sebab apa jual soft ais krim?

1. Belum ramai jual Soft Ais Krim di Malaysia. 

Peluang masih luas, ada market lagi. Jual soft ais krim akan membuat bisnes anda kelihatan lebih unik dari bisnes2 kecilan di tempat anda!

2. Mudah, budak kecil pun boleh buat. Tak perlu kursus pun


Adik ni darjah 1 tolong saya buat ais krim

3. Mobile. Boleh isi dalam kereta Viva je

Siap boleh hias lagi. Cantik kan?

4. Untung lebih kurang 100% hasil jualan. Jika jualan anda RM1000 untuk satu majlis, keuntungan anda lebih kurang RM500 untuk jualan hujung minggu!

5. Anda tak perlu sebuah kedai. Kos rendah

6. Balik modal cepat. Jual untuk beberapa event, insyaAllah boleh dapat balik modal

Dalam emel2 selepas ni kami akan kongsikan bagaimana cara untuk:

a. Info mengenai produk: soft ice cream (macam ice cream McD tu)

b. Dapatkan supply untuk kon, bahan (powder/liquid) dan mesin aiskrim.

c. Analisis kos dan keuntungan jualan soft ice cream.

d. Lokasi strategik untuk menjual ais krim

e. Harga mesin RM6999, saya telah kongsikan bagaimana cara untuk balik modal dalam masa yang singkat, insyaAllah.

Semua ini akan dikongsikan dengan ringkas dan mudah faham, insyaAllah akan membantu anda untuk mula menambah $$ sampingan/tetap dengan menjual soft ais krim!

Terima kasih kerana sudi membaca.

About Me

My photo
Nama saya Wan Ahmad Fadhil, berasal dari Pantai Timur dan kini menetap di KL. Saya berkerja sebagai seorang Sales Manager di sebuah syarikat barangan elektronik dari Korea Selatan. Saya suka menulis dan berkongsi mengenai tips dan kehidupan di media sosial dan blog. Sekarang saya aktif menulis di blog saya www.fadhilk.com
Powered by Blogger.